Google Groups
Subscribe to algebrablogs
Email:
Visit this group

Wednesday, December 31, 2008

::Selamat Bertahun Baru 2009::


Selamat Tahun Baru 2009 (sekitar satu jam setengah lagi ketika entry ini ditulis) kepada semua pengunjung blog iovantgarde ini.Apa harapan dan azam tahun baru anda semua?Jika sudi berkongsi bersama,sila lah tanpa segan silu dan ngilu pilu meng"drop" kan sebarang bentuk azam dan iltizam yang mulus,suci,tulus dan ikhlas di bahagian komen entry kali ini.Apa jua bentuk azam anda,selagi tidak melampaui batasan dan norma kehidupan manusia di muka bumi ini,tidak akan menjamin kan sebarang bentuk kegagalan jika azam tersebut tersemat dengan cekalnya di dada anda masing dan bakal dilaksanakan(err..tak perlulah untuk kalian meletakkan ala2 tag nama di bahagian dada anda untuk menyatakan apa azam anda apabila membaca entry ini ('',)) .

p/s: Aku masih mempunyai azam yang sama setiap tahun,kerana azam2 aku tak ramai yang tercapai.Rakan bernama Azam ramai lah.Termasuk Saiful Azam Apek.

p/s/s: Pareto dan Platipus bakal menyambut tahun baru mereka di Uganda timur.Jadi,mereka tidak akan wujud dalam beberapa entry akan datang.

p/s/s/s: Perlukah azam untuk menjamin kebahagiaan dalam hidup??huhu..jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....
|Aku Cintakan Malaysia|

No comments:

Post a Comment