Tengok pada tajuk entry,sudah semestinya aku menghabiskan masa senggangku bersama adik beradik ke satu destinasi yang menjanjikan hiburan tahap maksimas.Kalau kena sponsor masuk Sunway Lagoon,siapa yang mahu menolak rezeki kan??Thanx to Along sebab membelanjai segala jenis material yang menggunakan wang sebagai ejen pertukarannya,(tidak termasuk penginapan ye)..
Tanpa ada sebrang kesalahan dilakukan oleh PakCik ni,aku telah mencekik beliau.Tanpa rasa segan silu.Sebab aku rasa tak termaktub dalam undang-undang Malaysia,apatah lagi undang-undang laut Melaka,adalah bersalah melakukan kekasaran terhadap pencekik patung kan??hehe..Sekali lagi,pose kurang menarik aku hasilkan.Walaupon dah berjuta kali gambar aku di snap secara paksaan atau pon secara sukarela.
Pengalaman menaiki (apentah name menatang ni) "Rakit Berpelampung Madagascar Style" menyusuri terusan Suez mungkin bersama adik-beradik ku yang lain (bakal adik-beradik insyaallah).Kepuasan tahap minimum apabila menyusuri terusan ni,pada hemat aku,alangkah indah jika permainan ini diterbalik-balikan 360 darjah,membasahi segenap anggota badan,tanpa ada sebarang perasaan belas kasihan..hahaha..

Koleksi gambar yang sempat di snap oleh kameraku.Masih lagi gagal mengaplikasi teknik menagkap gambar secara candid..huhu..Di akhir kembara,kepalaku sudah pening,perut memberontak mendambakan sebutir makanan,kali lenguh mahu diurut oleh Ogawa,badan letih mengharapkan tangan2 adik manis untuk mengurut,huhu..RM48 adalah sangat berbaloi dilaburkan untuk tujuan berhibur sakan seperti hari ini..Aku gumbira~~


Pareto:Bagus2..Cuti-cuti Malaysia.Bila nak g melawat Kg halaman Pareto plak?kat Uganda Timur je..
No comments:
Post a Comment