Google Groups
Subscribe to algebrablogs
Email:
Visit this group
Showing posts with label recreation. Show all posts
Showing posts with label recreation. Show all posts

Sunday, February 22, 2009

::Selamat Ulang Tahun Ke-23 kepada aku!::


Entry ini agak berbaur bangga,bongkak dan penuh dengan sifat kebanggaan melampau tetapi dijamin tidak akan mempengaruhi kreadibiliti aku sebagai penulis blog yang tegar..tengok pada gambar ini sudah tentu bukan??..hehehe..Cik H,sila jangan jeheles ye..

Hari ini,tanggal seluar dan baju 22Febuari 2009,genap umur aku 23tahun di muka bumi ini.Mengikut kepada rekod yang teracatit dalam surat peranakan aku,jam 5.04 minit pagi tadi,dengan berbekalkan berat 2.87 kg, aku sudah selamat dilahirkan.Jiran aku ketika itu aku sama sekali aku tidak kenali.Yang aku tahu ketika itu hanyalah,aku hanya ingi menangis apabila doktor itu menampar punggung ku ini agar aku menangis.


Bukan aku tidak mahu menangis,tetapi aku cuba untuk menjadi disiplin.Mengganggu keheningan pagi di Hospital Kuala Pilah adalah tidak harmoni bukan??hehehe..


Terima kasih kepada semua rakan yang telah dengan rasa sucinya telah menghabis kan kredit topup mereka untuk mengucapkan Happy Birthday kepada aku.Aku hargai.Ingin sahaja aku print kan segala msg2 wish birthday kalian untuk di frame kan di dinding rumah sewa ku ini..


Kepada Hajar,anda berhutang wish birthday aku tahun ni..Tahun depan anda wajib wish double ok??Saida pula,adalah menyedihkan apabila anda hanya ingat birthday teman baik mu,saudara Torek punya birthday tetapi tarikh keramat aku ni anda tak ingat..mau gadow kah??hahaha..


Hari ini sangat best.Menyambut birthday secara alakadar..KFC snack plate sudeh..makanan juga bukan??Terima kasih kepada Cik H kerana ingat tarikh keramat aku ini..Aku ingin berjumpa Cik H lagi..huhu..


Terima kasih kepada family ku di Seremban.Lauk2 yang sangat banyak semalam telah membuatkan perut ku ini memberontak untuk seboleh-bolehnya menerima tiap2 intipati hidangan itu..huhu..


Sesiapa yang inginkan aku untuk wish birthday kalian,drop in tarikh keramat anda di bahagian akhir entry ini.Aku janji..yakin..komentar akan dilayan..hahah..




nota kaki: umur 23 bermaksud aku semakin menghampiri tarikh akhir untuk aku menjadi jurutera..mahu kahwin~~

Sunday, February 15, 2009

::Kasih Sayang::

Aku ingin berkarya malam ini,
Mendapat ilham apabila tersedar selepas bangun dari mimpi tidur selepas magrib,
Hayati,hargai dan nilailah apa erti kasih sayang sesama makhluk muka bumi ini,
Aku terkedu,terkesima,tergamam dan teruja,
Hampir pudar sudah kasih sayang,
Aku sayang kamu.
Yang sudi mengaku aku sebagai the only one dirinya.






Nota kaki:Aku merepek merapu,sekian,,aku mahu mandi dahulu.

Saturday, February 14, 2009

::Air Panas Gadek dan Kelucahan Melampau::

Tajuk entri sudah agak lucah bukan?Tapi,teruskan membaca kerana entri ini agak sesuai untuk semua golongan.Termasuk untuk mereka yang masih bersekolah rendah mahu pon mereka yang menolak kekerasan dan kekejaman terhadap wanita..

Sebenarnya,aktiviti malam minggu perlu diisi dengan begitu bermakna oleh mereka yang bergelar mahasiswa tahun akhir.4tahun menuntut di Melaka ini,tidak sah kalau tidak mengeksplorasi semua tempat khazanah di Melaka.Takkan pernah cukup aku rasa.Kalau dibukukan sejarah aktiviti 4 tahun belajar di Melaka,boleh ngetop dan laris di pasaran mungkin.

Terus ke tujuan asal entri ini ditulis.Tatkala perut kekenyangan dan menghembus asap rokok seharum kasturi, shit program perlu diatur bagi mengelakkan kebosanan.Maka terkeluar lah dari mulut seorang rakan,berasal dari Kelantan menguatarakan cadangan untuk memanaskan badan di kala dinihari.Memasak diri dalam kolam air panas semulajadi dari tanah,terbaik dari ladang aku cakap..Perancangan perlu dilaksanakan,keputusan dibuat.Aktiviti menyundal murni ini disertai geng konvoi 3 buah kereta,minyak payung,tiada kutipan tol mahu pon kutipan wang ihsan pemandu.huh..Air Panas Gadek,tunggu....hausssss(ala2 cerita 300).

Sedikit trivia mengenai Air Panas Gadek ini:
  • Kos nak masuk ke dalam adalah rm 2 untuk kanak-kanak,Jika anda mengaku umur anda 20tahun,tetapi memohon untuk yuran kanak2,sila berhati-hati.Berkemungkinan boleh dapat rate macam tu,tapi kena tanggung risiko dijirus dengan air panas menggelegak di bahagian salur peranakan lah nanti..sakit wo0..
  • Untuk dewasa,Rm4 sudah memadai.
  • Kolam air panas ini adalah secara semulajadi. panasnya.Tiada sebarang unsur boiler digunakan bagi menghasilkan air panas yang bersuhu hampir kepada ? celcius ini.
  • Pastikan anda mencuba kesemua kolam yang terdapat disini.Adalah malang sekali jika anda membayar Rm4 tetapi sekadar mencecahkan kaki separas bawah sikit dari paras buku lali.Bagaimana cagu di kaki itu mahu hilang nanti?
  • Berehatlah sambil membayangkan anda sedang menghadiri kursus terapi sambil diurut oleh gadis2 litar..hahah..superb beb!!
  • Tidak digalakkan untuk berendam secara berterusan selama 4 jam tanpa henti di dalam kolam itu.Memadai beremdam selama 20 minit untuk satu2 sessi.Selang selikan dengan senaman ringan seperti memutarkan kepala sebanyak 40 darjah ke,goyang pinggul ke ataupon berlari2 anak setempat.Kemudian,sambung balik berendam.
  • Cukup.Mahu lebih,alami sendiri.


Jam 4pagi,kelihatan hero-hero remaja berposing seperti untuk majalah Mangga bukan?Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.Mak aku dah pesan,jangan tangkap gambar awal2 pagi.Terdapat sosok2 putih mengkaburi sebilangan besar foto di atas.haha..Itu hanya gurauan.Sosok putih yang baekkk punya dinikmati bersama..kih2..hermmm..Lucah kah foto ini ya?Anda menilai.


Aku dengan rasa takzimnya,mencalonkan member aku sorang ni,yang mempunyai jiwa kental,semngat juang yang tinggi,hampir menyamai semngat juang Ong Bak 2,layak menerima Anugerah Lelaki Maskulin 2009.Bukan Anugerah Lelaki berkulit tebal ye.Anda layak bertanding untuk Hero Remaja atas tiket bernai menyembamkan muka dalam air panas tanpa ada rasa segan silu.Nak bergambar punya pasal,suhu air yang hampir boleh menyebabkan telur ayam menjadi separuh masak pon anda redah..Hang memnag stylo Wan!!sila beri tepukan ye sambil anda meneruskan bacaan entri ini.


Suka untuk diingtakan,bahawa ini bukan Party Gay ye.Semua nya lelaki sejati yang boleh diberi kepercayaan untuk menjadi ketua keluarga kelak.kih3..Layanzz..Badan diselimuti dengan haba yang extravaganza,suhu air telah berjaya membuatkan lenguh kaki,sendi di tulang pelvis,rasa ngilu di bahagian trakea dan kaki rasa bebrat sebelum ini hilang hampir 80% rasanya.sangat mujarab untuk menbhilangkan rasa sengal2 sendi dan otot.Untuk penghidap selsema ,selsema anda tidak akan hilang ,tapi boleh kurang rasanya.


Lihat,asap mengganas.Kamera cikai kepunyaan aku tidak mampu untuk mengatasi tahap ketebalan asap tersebut.Tapi,ayukah insan yang betuah di atas??hahaha..atas permintaan ramai tu.

Sekian,harap2 dengan entri ini bakal melayakkan aku untuk menerima Anugerah Blog Terjah 2010 dari En Ajib..hahaha.


p/s:Tekanan tul N9 kalah ngan Perlis malam ni..

Wednesday, February 11, 2009

::Bola Sepak Malaysia::


Salam kepada semua pembaca tegar blog iovantgarde's terroritory ini.Hari ini,bukan lah tidak ada kerja untuk dilakukan,bahkan test subjek engineering Ethic Ir Talib perlu dihadap malam ini.Malas sungguh untuk mengulangkaji pelajaran memandangkan format soalan adalah A,B dan C.Tidak pasti sama ada wujud pilhan untuk jawapan D atau pon tidak.Apa dikisah,yang penting,teknik menembak ala2 menggunakan sniper model Tippmann 98 dikala jawapan tidak menjelma di kotak fikiran akan dipraktikkan..hehe..doakan aku berjaya.

Terus ke matlamat sebenar entry ini di posting.Aku rasa terpanggil untuk bercakap mengenai bola sepak Malaysia sekarang ini.Jujur aku cakap,aku bukan lah pemain bola yang hebat beraksi di ranjang padang,untuk mendapat kepercayaan rakan2 sepelajaran ketika bermain bola di padang pada waktu petang pon jarang sekali.Lebih baik menjadi penghias padang dengan cara berlari keliling padang,mengelirukan pertahanan pihak lawan dengan gerakan2 berbisa aku.

Hari ini,ketika membaca surat khabar atas talian tajaan Streamyx ini,aku terbaca satu laporan berita yang dikarang oleh wartawan Harian Metro.Izinkan aku untuk copy paste segala perincian laporan tersebut.

KETIKA kebanyakan negara Asean lain mengalami proses kenaikan ranking dunia sejak kebelakangan ini, nasib Malaysia berada sebaliknya.

Berdasarkan kedudukan terkini yang dikeluarkan dalam laman web rasmi Fifa semalam, ranking Malaysia terus menjunam dari 158 kepada 161.

Berbanding dengan negara jiran, Thailand melonjak tujuh anak tangga kepada 117 manakala Singapura meningkat empat anak tangga kepada 131.

Turut mengalami situasi sama ialah Vietnam yang naik tiga anak tangga kepada 135, Indonesia pula naik tujuh anak tangga kepada 137 dan Myanmar pula jatuh dua tangga kepada 158.

Sementara itu, juara Eropah, Sepanyol kekal di ranking pertama dunia meskipun kurang beraksi di peringkat antarabangsa.Kedudukan 10 pasukan teratas dunia bermula dengan Sepanyol, diikuti Jerman, Belanda, Itali, Brazil, Argentina, Croatia, England, Russia dan Turki.


Gambar di bawah menunjukkan tahap prestasi pasukan Malaysia sepanjang 16 tahun di pentas dunia.Di mana Malysia pada tahun 2009 sekarang??

Dapat diperhatikan pada tahun 1993 Malaysia pernah menghuni tangga ke 79 dalam dunia.Tahun 1993 aku baru berumur 7tahun.Darjah 1 di Sek Keb Felda pasir Besar.Tahun tersebut antara pemain yang aku kenal Zainal Abidin Hassan,Dollah Salleh (Pahang),Azman Adnan,Othman Katmon(Negri Sembilan),Azizul Kamaludin(Pahang)sekarang pon beliau masih bermain bola tahu.Adik beradik dari N9, Khairil Zainal dan Faizal Zainal(sekarang bertukar karier dengan bermain golf dah usahawan),Jamsari Sabian,dan Affendy Julaihi,Tony Cottee,Abas Saad,Fandi Ahmad,Christopher Kiwomnya,Seidu Issifu,Bekamenga,Allan bumi Adigun(Kedah)(antara pemain import yang pernah menghiasi persada bola Malysia).

Bukan aku tidak mengenali langsung pemain tempatan sekarang,tapi kurang dikenali dengan sumbangan mereka.Oops,aku terlupa lagenda Supermokh.

Pemain sekarang dibayar gaji hampir RM16,000 sebulan,ada yang Rm18,000 sebulan,tapi kualiti hampir kepada zero..huhu..tidak berbaloi dengan jumlah wang yang dilaburkan untuk tiket masuk stadium.Mereka lebih popular dengan gosip yang dicipta sendiri.Aku tak maksudkan aidl Zafwan tidak bagus,hehe..tapi sumpah aku cakap,kalau lah Badrol Bakhtiar dari Kedah dengan Bunyamin Omar tak dihantar berlatih kat Chelsea 2 tahun lepas,sampai sekarang aku tak kenal mereka.

Bukan semua pemain Malaysia tidak bagus,tidak berkualiti.Bakat sudah ada,perlu dipertajamkan lagi.Stamina untuk bermain selama 90minit di atas padang rumput perlu dilatih.Skill hantaran bola perlu diperkemaskan lagi.Jangan jadi seperti berbaik2 dengan pihak lawan diatas padang dahaja.Bola di passing tanpa mengira kedudukan rakan sepasukan.Hangin ar penonton tengok.Jangan salahkan penonton kalau mereka memilih untuk menonton perlawanan bola sepak di layar Maple pasa malam minggu berbanding menonton perlawanan Liga Malysia di stadium.

Bola Malaysia tidak boleh dipolitikkan.Campur tangan kuasa politik untuk mendapat nama dan sokongan dari rakyat jelata adalah idea lapuk untuk menjadi terkenal.pengurusan bola sepak negeri septutunya diuruskan oleh mereka yang mempunyai basic Bola sepak.Pernah bermain bola di peringkat kebangsaan mahu pon antarabangsa.Bukan ditadbir oleh mereka yang pernah belajar di Oxford sahaja yang hanya mampu memikirkan taktikal secara teori.

Itu adalah serba sedikit pandangan aku tentang bola sepak Malaysia.Aku begitu tertarik dengan nukilan dan pandangan sesorang dari blogger ini,Lucius Maximus.Pandangan dan buah fikiran yang dicadangkan untuk menyelamatkan maruah bola sepak Malaysia adalah sangat bernas.Bleh dipraktikkan,Adalah tidak mustahil untuk menyksikan Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia pada edisi yang akn datang.Aku pernah bermain footbal Manger 2008 dan berjaya membawa Pasukan malaysia ke Piala Dunia 2018 dan 2022.Keyplayer paukan Malysia dalam team itu adalah Halim Zainal dan bermain untuk kelab Aston Villa.Wujudkah beliau ini?Tidak mustahil bukan?Liga malaysia boleh menjadi tumpuan untuk pemain luar beraksi,sama seperti J-League dan K-League.

Aku sayang kan bola sepak Malaysia.

trivia:
Kenapa bola sepak dimainkan selama 90minit?Mengapa tidak digenapkan sahaja ke 100minit?itu menarik bukan?

p/s:Aku sangat suka jika kalian meninggalkan entry ini sengan menyatakan nama2 pemain Malaysia zaman dulu yang pernah korang ingati.Import ataupon pemain tempatan.Siapa ek mereka??

Tuesday, January 13, 2009

::Peristiwa by peristiwa::

Aku agak banyak waktu senggang sekarang.Ketagihan untuk berblog seperti kurang dapat dikawal lagi.Lebih-lebih lagi apabila berpindah ke rumah baru dan perabot baru ini.Harap kalian suka.Minggu yang paling gumbira untuk aku sepanjang minggu ini.Lena terbuai dengan kenikmatan hidup seorang mahasiswa umpana tidak dibebankan dengan sebarang komitmen.Padahal berlambak lagi kerja yang perlu disiapkan dengan segera.Sessi mengambil gambar untuk pelajar tahun akhir UTeM,aktiviti main bola pada waktu petang, Anti Israel talk seakan tidak molek untuk tidak dikongsi bersama anda semua.Paksaan dari rakan2 untuk melihat senjata aku beraksi merakam segala aksi mereka terpaksa aku tunaikan.Kalau tak,mahu putus sahabatlah aku dengan mereka ini.

Kita mulakan dengan sessi mengambil gambar pelajar tahun akhir berlokasikan dan berlatarkan bekas pejabat bendehari UTeM.Mungkin itu sahaja port yang menarik bagi mereka kot.



~prepared for photography session~


Rata-rata semua rakan2 tahun akhir ini kelihatan sangat kacak dan cantik.Sehinggakan seperti tidak percaya dan tidak boleh diterima akal bahawa mereka2 ini semuanya sangat2 hensem dan kacak.Beratur panjang adik-adik junior yang perempuan untuk mengambil tandatangan atau bahasa kampung nya otograf dari abang-abang senior mereka ini.Demi mejaga nama baik pelajar tahun akhir,semua kehendak untuk tandantangan di buku-buku nota,di tapak tangan,di beg kuliah,kad matrik dan apa jua bentuk permukaan yang halal disentuh dicoretkan dengan sign-sign mereka yang hensem ini..haha



Hensem kan mereka??Kelihatan rakan2 pelajar perempuan masih lagi tidak percaya dengan tahap kemachoan mereka ini.Mana tidaknya,mana perut yang ke depan,bengkung terpaksa dikenakan,yang berjanggut panjang,terpaksa disisir rapi,hampir kepada menjadi belah tengah aku rasa.Yang tidak dapat menahan geram dengan penampilan diri sendiri pada hari itu,kamera enset menjadi pilihan untuk merakamkan aksi setahun sekali itu.



Aku terpaksa minta maaf kepada rakan-rakan perempuan yang ini kerana telah meng"black and white" kan gambar ini.Mereka mungkin telah menghabiskan masa selama satu malam untuk iron baju-baju mereka yang beraneka warna itu,tetapi aku telah menjadikan kepada mode ini.hehe..ayu kah mereka??Anda komen sendiri.Yang aku tahu,abg tukang tangkap gambar itu asyik memandang mereka tanpa kerdipan mata berlaku..huh..

~Bergaya dengan baju bengkel~

Tamat sessi bergambar,pekena roti planta bersama teh ais di Ikan bakar Malim pon layan gak.Petang adalah masa untuk beriadah.hehe


Main sampai tak hengat dunia,kalau di rumah,sah-sah dah kena hambat dengan imam surau berdekatan.Sehinggkan azan magrib berkumandang pon masih lagi berdegil untuk meneruskan permainan.Aku turut bermain,tapi apakan daya,disish keluar angkara ketidakcekapan aku untuk menjaringkan gol.huh..gol sekangkang kera cuma pada skala saiznya,mana mungkin untuk aku menjaringkan gol bukan??Last2,amek gambar lagi best..hehe


Latihan akan dijalankan pada setiap waktu petang demi untuk persiapan menentang skuad Negeri Melaka yang akan beraksi untuk Pusingan awal Piala Malaysia nanti..Jadi,rajin2 kan diri anda untuk turun bermain bola ye.Main bola lagi best dari merokok..erkkk..betul kan statement aku ni??hehe

Sudahkah anda semua memboikot barangan Israel IsaraHell??


Meluangkan masa untuk berkempen memboikot Israel di MITC Hall.Kedatangan Dato' Mukhriz Mahathir telah menyuntik semangat para rakyat untuk secara sekeras-kerasnya menentang kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel ke atas Gaza.Klik di sini untuk mendapatkan segala produk yang ada berunsurkan Israel.Bersama-samalah kita memboikot barangan Israel ini.


p/s:sangat letih menaip entry yang panjang ini.Semuanya asalah angkara perabot baru dalam kediaman ini.

p?s/s:Gambar last itu sudah malas untuk diedit.Tampal terus je dari kamera enset.Terbaikdari ladang..hehe

p/s/s/s:Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog yang panjang ini..terhibur tak??

Sunday, January 11, 2009

::Pulau Besar Melaka::


Ekspedisi seharian bersama beberapa rakan-rakan anggota kelas telah menjanjikan seribu satu pengalaman dan kenangan yang sukar untuk dikecapi pada masa-masa akan datang.Menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai seorang pelajar sebelum bergelar engineer dengan aktiviti hutan amatlah menyeronokkan.Destinasi yang telah dipilih untuk menghilangkan kekusutan otak,dan ketidakpuasan hati terhadap sesiapa adalah menuju ke Pulau Besar Melaka yang terletak di Anjung Batu.

Blog ini bukanlah merupakan promotion blog untuk mempromosikan serba sedikit mengenai Pulau Besar ini.Maklumat lanjut boleh anda perolehi di laman ini.

Sedikit info mengenai pulau ini dari pandangan mata kasar termasuk mata hati aku adalah,pulau ini sesuai untuk mereka yang meminati aktivit-aktiviti outdoor,jungle trekking,hiking Idan macam2 lagi.Terbuka kepada semua golongan pengunjung termasuk juga untuk mereka yang baru lepas bersalin dah habis pantang.heheh..

Tambang untuk feri ke Pulau Besar dari jeti Anjung Batu adalah Rm14 untuk perjalanan dua hala.Feri yang disediakan bertaraf seadanya dimana boleh memuatkan 44 org penumpang pada satu masa dan ia dilengkapi dengan kemudahan jaket keselamatan,So,for those yang tak tahu berenang macam aku ni,adalah tidak menjadi masalah untuk menikmati kegembiraan ini bersama teman-teman dan taulan sekalian.

*feri akan menyelusuri Laut ______ (aku tak pasti apa nama laut tersebut,anda isikan sendiri ya) selama lebih kurang 22 minit dan selama 30 saat diperlukan untuk pemandu tersebut memilih port parking yang baik.

Apabila berada di pulau ini,capture the moment syndrome terjadi tanpa dapat dikawal lagi.Rakan-rakan yang mendambakan wajah mereka dimasukkan ke dalam blog ini,bagi membuktikan mereka pernah sampai di sini,(maybe untuk ditunjukkan kepada ehem2 masing-masing,atau pon kepada anak cucu mereka dalam tempoh 30 tahuin akan datang,jika blog ini masih wujud..hahaha).

Akan aku kongsikan beberapa keping gambar mereka ini yang alhamdulillah,masih lagi menjaga batasan dan norma kehidupan beragama bangsa Malaysia.


Letih,haus,lapar,(makanan agak mahal di atas pulau,itu sudah maklum kan),mengantuk dan rasa terngiang2 sang tilam melambai2 untuk mendodoi..huhu..sayonara~~

Thursday, January 8, 2009

::Sessi mencabar minda::

Salam muhibbah dan sila salam tangan rakan anda masing-masing..hehe..Nukilan yang ringkas dan padat akan dihasilkan disini bagi memenuhi kuta tido 8 jam sehari aku sekarang ni.Almaklum lah,kerap sangat aku bermimpi dikejar makhluk asing apabila tidur sehingga tak sedar matahari dah menjengah ke bibir langit..perghhh..ayat tak nak kalah.sila abaikan ye.


Ada beberapa perkara ringkas yang sedang terlintas-lintas dan berlaim difikiran aku sekarang.Mereka semua dipastikan akan termaktub didalam entry aku ini.Sebenarnya,aku sedang mencabar diri ini untuk menghasilkan posting yang ringkas sepadat yang mungkin dan seterusnya akan menunggu feed back anda semua bagaimana selepas ianya diposting kan.

  1. Abang aku,Komander Prosboc telah pon berlepas ke Syiria sekarang ini.Beliau berkerja di sana.Bak kata omputih,Out the state for a several days for out station..benarkan?Mungkin beliau sedang menikmati perjalanan udara yang sangat enak tika ini.Fly Emirates Airways tu..huhu..Bilalah aku akan ke luar negara juga..Lusa mungkin??
  2. Kereta BLM beliau hampir menjadi milikku dan akan aku nodai,tetapi tidak akan jadi kenyataan kerna aku masih di Melaka.BLM tersebut di Seremban.huh
  3. Misteri tentang gambar di atas??Itu sebenarnya adalah koleksi foto kenderaan Motosikal pelajar2 UTeM.Sangat bervariasi bukan?Aku yakin,jika tuan punya moto membaca entry aku ini,pasti lobang hidung mereka akan kembang tahap gaban,perut akan secara automatik memboyot ke depan,dan akan save gambar ini dan mungkin akan meletakkan gambar ini dalam mana2 akaun social web mereka.Facebook,frienster,Myspace, atau termasuk dalam paper Sinar Harian edisi terhad mungkin?
  4. Aku baru pulang dari bermain futsal,setelah hampir 2bulan tidak menendang bola.Ternyata memberi impak kepada prestasi permainan sehinggkan hampir dibuang dari court dek kerna membazirkan beberapa peluang.Maklumlah,aku kan striker.Feberet postion tu.Hanya sebutir gol terhasil dari kakiku ini.Itu pon menerusi dead ball dari tengah.
  5. Alasan sebenar aku pancit ketika main ftsal sebentar tadi adalah,aku sudah boyot mungkin..huhu..
Cukup 5 perkara yang terlintas buat masa sekarang ini.Aku mahu tidur yang berkualiti.Mungkin mimpi dikejar dengan makhluk asing akan bertukar dengan mimpi dikejar Lisa Surihani Cik H pula kan..hahah

p/s: Kepada Komander Prosboc,jika anda membaca entry ini,sila dapatkan sebotol minyak wangi import khas dari Syiria untuk adikmu ini ya!Ini bukan ugutan,tapi lebih kepada kasih sayang~~

p/s/s: Kepada tuan punya motor gambar di atas,motor anda memang agak cun.Jangan saman saya kerna tidak meminta ijin untuk menangkap gambar mereka beraksi cun.

p/s/s/s: Padat tak entry ini??hehe..papai!

Saturday, December 6, 2008

::Sunway lagoon~Destinasi ku di musim cuti::

Fuhh..berabuk aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang hasil nukilan terbaru.Rindukan tentang entry dari aku bukan??Harapnya jawapannya adala YA!!bukan begitu Cik H...hehe..Sepeninggalan aku dari dunia blog ini bukan lah aku merajuk kerana ketiadaan pisang goreng di kala cuti ini,tetapi aku mengembara ke seantero negeri untuk mencari sebarang bentuk hiburan yang masih di dalam batasan kehidupan insan biasa.Cewahh..

Tengok pada tajuk entry,sudah semestinya aku menghabiskan masa senggangku bersama adik beradik ke satu destinasi yang menjanjikan hiburan tahap maksimas.Kalau kena sponsor masuk Sunway Lagoon,siapa yang mahu menolak rezeki kan??Thanx to Along sebab membelanjai segala jenis material yang menggunakan wang sebagai ejen pertukarannya,(tidak termasuk penginapan ye)..

Tidak sah kalau moment-moment happy tahap maksimum ini aku abaikan tanpa sebarang hasil tangkapan gambar kan?So,berbekalkan (seperti biasa),kamera benQ 8.0 megapixel aku,segala macam aksi dan keletah,yang bahagia,yang extream,tetapi masih dalam batasan pergaulan,tidak mengghairahkan mana-mana pengunjung Sunway Lagoon ini akan aku rakamkan untuk ditangkap muat dalam blog ini.Abaikan gambar di atas jika anda rasa meluat dengan pose tersebut-memandang ke langit sambil diperhatikan oleh Encik Itik Berbosour..

Tag tgn yang agak moden,selalunya kalau pergi mana-mana Lagon,diorang kasi tag yang jenis melekat .Hamek,kali ni,jam terus di bagi eh..Atas permintaan adikku,gambar ini ditangkap ekoran kejarangan untuk berhibur di tempat seperti ini lagi.


Tanpa ada sebrang kesalahan dilakukan oleh PakCik ni,aku telah mencekik beliau.Tanpa rasa segan silu.Sebab aku rasa tak termaktub dalam undang-undang Malaysia,apatah lagi undang-undang laut Melaka,adalah bersalah melakukan kekasaran terhadap pencekik patung kan??hehe..Sekali lagi,pose kurang menarik aku hasilkan.Walaupon dah berjuta kali gambar aku di snap secara paksaan atau pon secara sukarela.

Pengalaman menaiki (apentah name menatang ni) "Rakit Berpelampung Madagascar Style" menyusuri terusan Suez mungkin bersama adik-beradik ku yang lain (bakal adik-beradik insyaallah).Kepuasan tahap minimum apabila menyusuri terusan ni,pada hemat aku,alangkah indah jika permainan ini diterbalik-balikan 360 darjah,membasahi segenap anggota badan,tanpa ada sebarang perasaan belas kasihan..hahaha..

Koleksi gambar yang sempat di snap oleh kameraku.Masih lagi gagal mengaplikasi teknik menagkap gambar secara candid..huhu..Di akhir kembara,kepalaku sudah pening,perut memberontak mendambakan sebutir makanan,kali lenguh mahu diurut oleh Ogawa,badan letih mengharapkan tangan2 adik manis untuk mengurut,huhu..RM48 adalah sangat berbaloi dilaburkan untuk tujuan berhibur sakan seperti hari ini..Aku gumbira~~




Pareto:Bagus2..Cuti-cuti Malaysia.Bila nak g melawat Kg halaman Pareto plak?kat Uganda Timur je..