Kita mulakan dengan sessi mengambil gambar pelajar tahun akhir berlokasikan dan berlatarkan bekas pejabat bendehari UTeM.Mungkin itu sahaja port yang menarik bagi mereka kot.
~prepared for photography session~
Rata-rata semua rakan2 tahun akhir ini kelihatan sangat kacak dan cantik.Sehinggakan seperti tidak percaya dan tidak boleh diterima akal bahawa mereka2 ini semuanya sangat2 hensem dan kacak.Beratur panjang adik-adik junior yang perempuan untuk mengambil tandatangan atau bahasa kampung nya otograf dari abang-abang senior mereka ini.Demi mejaga nama baik pelajar tahun akhir,semua kehendak untuk tandantangan di buku-buku nota,di tapak tangan,di beg kuliah,kad matrik dan apa jua bentuk permukaan yang halal disentuh dicoretkan dengan sign-sign mereka yang hensem ini..haha

Hensem kan mereka??Kelihatan rakan2 pelajar perempuan masih lagi tidak percaya dengan tahap kemachoan mereka ini.Mana tidaknya,mana perut yang ke depan,bengkung terpaksa dikenakan,yang berjanggut panjang,terpaksa disisir rapi,hampir kepada menjadi belah tengah aku rasa.Yang tidak dapat menahan geram dengan penampilan diri sendiri pada hari itu,kamera enset menjadi pilihan untuk merakamkan aksi setahun sekali itu.

Aku terpaksa minta maaf kepada rakan-rakan perempuan yang ini kerana telah meng"black and white" kan gambar ini.Mereka mungkin telah menghabiskan masa selama satu malam untuk iron baju-baju mereka yang beraneka warna itu,tetapi aku telah menjadikan kepada mode ini.hehe..ayu kah mereka??Anda komen sendiri.Yang aku tahu,abg tukang tangkap gambar itu asyik memandang mereka tanpa kerdipan mata berlaku..huh..
~Bergaya dengan baju bengkel~
Tamat sessi bergambar,pekena roti planta bersama teh ais di Ikan bakar Malim pon layan gak.Petang adalah masa untuk beriadah.hehe
Main sampai tak hengat dunia,kalau di rumah,sah-sah dah kena hambat dengan imam surau berdekatan.Sehinggkan azan magrib berkumandang pon masih lagi berdegil untuk meneruskan permainan.Aku turut bermain,tapi apakan daya,disish keluar angkara ketidakcekapan aku untuk menjaringkan gol.huh..gol sekangkang kera cuma pada skala saiznya,mana mungkin untuk aku menjaringkan gol bukan??Last2,amek gambar lagi best..hehe

Latihan akan dijalankan pada setiap waktu petang demi untuk persiapan menentang skuad Negeri Melaka yang akan beraksi untuk Pusingan awal Piala Malaysia nanti..Jadi,rajin2 kan diri anda untuk turun bermain bola ye.Main bola lagi best dari merokok..erkkk..betul kan statement aku ni??hehe
Sudahkah anda semua memboikot baranganIsrael IsaraHell??

Meluangkan masa untuk berkempen memboikot Israel di MITC Hall.Kedatangan Dato' Mukhriz Mahathir telah menyuntik semangat para rakyat untuk secara sekeras-kerasnya menentang kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel ke atas Gaza.Klik di sini untuk mendapatkan segala produk yang ada berunsurkan Israel.Bersama-samalah kita memboikot barangan Israel ini.
Latihan akan dijalankan pada setiap waktu petang demi untuk persiapan menentang skuad Negeri Melaka yang akan beraksi untuk Pusingan awal Piala Malaysia nanti..Jadi,rajin2 kan diri anda untuk turun bermain bola ye.Main bola lagi best dari merokok..erkkk..betul kan statement aku ni??hehe
Sudahkah anda semua memboikot barangan
Meluangkan masa untuk berkempen memboikot Israel di MITC Hall.Kedatangan Dato' Mukhriz Mahathir telah menyuntik semangat para rakyat untuk secara sekeras-kerasnya menentang kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel ke atas Gaza.Klik di sini untuk mendapatkan segala produk yang ada berunsurkan Israel.Bersama-samalah kita memboikot barangan Israel ini.
p/s:sangat letih menaip entry yang panjang ini.Semuanya asalah angkara perabot baru dalam kediaman ini.
p?s/s:Gambar last itu sudah malas untuk diedit.Tampal terus je dari kamera enset.Terbaikdari ladang..hehe
p/s/s/s:Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog yang panjang ini..terhibur tak??

No comments:
Post a Comment