Kembali ke topik asal.Mengapa blog ini sudah lama tidak di hupdate?Mungkin kerna diriku agak lebih gemar membaca blog blogger tegar yang lain.Demi untuk diciplak idea mereka dan dimuatkan dalam blog ini.Itu tidak manis bukan?Tidak menggambarkan sebagai seorang bangsa yang merdeka.Pesanan penaja,jangan beli album cetak rompak..download takpe..hahaha.
Setelah sekian lama bergelumang dengan dunia blog,terasa seperti ingin berkongsi sesuatu yang lebih bermanfaat untuk bacaan anda sekalian.Aku patut lebih memberikan fakta yang berguna untuk tatapan kalian yang sangat suka dengan blog aku mungkin.Mungkin cerita Abby-NOrman Hakim berpisah??Itu sudah karat.Cerita artis ditangkap menyertai pesta seks sempena sambutan tahun baru?Dalam berita 24 jam duk ulang berita itu sahaja.Cerita Mawi bernikah dengan Ekin?TV3 tak dapat hak siaran?itu cerita lapuk.Tahun lepas punya cerita tu.Aku ketandusan idea.Tampak gaya seperti perlu lebih banyak membaca.
Mungkinkah aku perlu berkongsi tentang masalah peribadi aku dalam blog ini?Sudah tentu Pak Nat rakan sebilik di kolej kediaman Murni akang terus mendelete address blog aku yang telah di bookmark kan itu tanpa segan silu jika itu yang aku coretkan.Atau aku perlu menghupdate tiap saat dan tiap ketika tentang apa yang berlaku di bumi Malaysia ini??aku buntu..kering mencari idea.
Aku mempunyai satu hobi baru baharu baharu ini.Hobi menangkap gambar menggunakan kamera cikai je.Aku tidak lah sehebat Pulau mahu pun Popshovans atau pon Pundak yang memiliki senjata yang hebat.Tapi,aku menyimpan satu hasrat dan bakal termasuk dalam wishlist aku untuk satu tempoh masa ini.Kamera DSLR Nikon lah kot..hahaha..Aku ingin berkongsi beberapa keping moment yang berjaya disnap oleh senjata sang ku itu..uhuk8..
Mungkin lepas ini aku boleh cuba kembangkan bakat untuk mengambil objek hidup plak kan.Promote sikit,abang sulung nak kahwin bulan Jun,dan sudah pasti beliau akan kujadikan bahan ekprimentasi aku..haha

Pareto: Panas sungguh Malaysia,tak macam Uganda..Huh..
No comments:
Post a Comment