Google Groups
Subscribe to algebrablogs
Email:
Visit this group

Monday, January 26, 2009

::Gerhana Mentari di Ufuk Timur::

Gerhana matahari yang cun telah terjadi di seluruh antero dunia aku yakin.Malam ni confirm akan masuk dalam berita swasta TV3 mahu pon TV 1 mengisahkan tentang kejadian fenomena sekali sekala ini.Bertuah bukan apabila berjaya merakamkan detik2 bersejarah ini?Gerhana matahari dulu dipelajari secara teori sahaja bersama cikgu Sains sekolah rendah aku,Cikgu Anas namanya.Sudah kahwinkah beliau agaknya??Beliau agak garang.Aku hampir di hadiahkan dengan pembaris kuning di punggung mulus ini apabila gagal menerangkan tentang konsep gerhana matahari.Bukan apa,keliru kedudukan matahari,bulan atau bumi di tengah2..hehe..Tapi sekarang,aku sudah bijak.Untuk Cikgu Anas,yang mungkin membaca blog aku ini,saya hadiahkan gambar gerhana matahari ini kepada anda.Tiada pembayaran perlu dilakukan..jangan risau..haha..



p/s:aku tak pasti,benarkah ini gerhana matahari??kenapa tidak bergelap pon siang tadi??huhu

Updated:Owh,,rupa-rupanya,gerhana matahari hari ini adalah gerhana separa.Sumber,TV3

No comments:

Post a Comment